Makanan Dihantar Dulang Terbang.

Rangkaian restoran Britain, Yo! Sushi melancarkan perkhidmatan dulang terbang yang didakwa sebagai yang pertama di dunia untuk menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai iTray itu menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.

Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut."Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya," katanya.












PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments