background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Fakta. Show all posts

    Hafiz (penghafal Al-Quran) sekaligus pemimpin negara. Itulah dua gelaran yang disandang oleh Mohammed Mursi dan Ismail Haniya.

    PM Palestin, Ismail Haniya dan Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi

    Mursi tercatat sebagai Presiden Mesir pertama yang hafal Al-Quran. Beliau yang mempunyai nama lengkap Mohammed Mursi Issa Ayyat ini bersama isteri dan seluruh ahli keluarganya adalah penghafal Alquran.

    Mursi menjadi Presiden ke-5 Mesir sejak 30 Jun 2012 yang lalu. Mursi menjadi Anggota Parlimen di Majlis Rakyat Mesir pada penggal tahun 2000-2005 dan seorang tokoh terkemuka di Ikhwanul Muslimin.

    Sejak 30 April 2011, beliau menjabat jawatan Ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sebuah parti politik yang didirikan oleh Ikhwanul Muslimin setelah Revolusi Mesir 2011. Beliau dipilih sebagai calon presiden dari FJP pada pilihan raya umum presiden Mei-Jun 2012 yang lalu.

    Pada 24 Jun 2012, Lembaga Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Mursi memenangi pilihan raya umum Presiden dengan mengalahkan Ahmed Shafik, Perdana Menteri terakhir di bawah kekuasaan Hosni Mubarak.

    Selain Mursi, pemimpin dunia yang juga penghafal Al-Quran adalah Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya. Bahkan anaknya yang bernama Aid berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelaran mumtaz (sempurna).

    Baik Mursi mahupun Haniya memiliki akar yang sama, iaitu Ikhwanul Muslimin.

    Mursi mewakili sayap politik Ikhwan di Mesir melalui Parti Kebebasan dan Keadilan. Sedangkan Haniya adalah pemimpin Hamas yang didirikan oleh Syaikh Ahmad Yassin sebagai pemimpin perjuangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.

    Kenapa dan apa yang akan berlaku? Cuba tengok apa yang berlaku pada kereta ini apabila dia letak air Pepsi dalam keretanya pada satu malam yang sejuk. Kami rasa air berkarbonat akan meletup juga kalau dibiarkan dalam kereta pada cuaca yang terlampau panas. Betul tak?






    Para pakar mengatakan, seorang lelaki berasa telah berjaya membuktikan kejantanannya dengan lahirnya anak pertama sehingga akan mendorong ego lelaki berasa lebih tampan dari sebelumnya.




    Namun sebaliknya, setelah sembilan bulan mengandung dan kurang tidur, para ibu pula selalu berasa tidak menarik lagi setelah melahirkan anaknya.

    Penelitian ini dilakukan terhadap 200 pasangan di Amerika Syarikat yang diberi pertanyaan tentang fizikal mereka setelah berkahwin dan memiliki anak dengan pilihan jawapan mulai dari “sangat jelek”, “cantik”, dan “tampan” yang akan mereka nilai sendiri.


    Dan hasilnya, para wanita yang belum memiliki anak selalu berasa lebih cantik dari waktu ke waktu. Tetapi bagi wanita yang telah memiliki anak, mereka merasa menjadi tidak menarik lagi setelah melahirkan anak. Demikian laporan dari The Journal of Gender Studies yang melakukan penelitian ini.


    Dr. Alicia Cast seorang peneliti dan pakar psikologi dari University of California mengatakan, “Mungkin seorang ibu yang baru melahirkan anak masih berjuang untuk mengatasi perubahan fizikal pada tubuh mereka.”


    Dr. Cast juga menambahkan, “Wanita menyedari, tubuh mereka mengalami perubahan pada masa kehamilan, dan merasa menjadi lebih buruk lagi setelah melahirkan.”


    Namun sebaliknya bagi ayah yang baru, mereka selalu berasa menjadi lebih tampan dari sebelum memiliki anak dan merasa telah berjaya membuktikan kejantanan mereka.


    Para peneliti mengatakan, “Memang ada hubungan yang kuat antara kesuburan dan kejantanan seorang lelaki. Lelaki yang didiagnosis mengalami masalah kesuburan akan merasa kejantanannya terancam.”


    Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan McNugget bagi keselesaan pelanggan mereka.
    Ini merupakan video jawapan kepada khabar angin yang mengatakan bahawa McNugget McDonald adalah dalam bentuk doh warna pink sebelum dia dimasak. 
    Proses dalam video ini dirakam di kilang pengeluaran McDonald Canada di Ontario, Canada.

    Tak tahulah kalau cara pembuatan kat Malaysia sama atau tidak.












    Video yang disebarkan tentang pembuatan Mc Nugget 


    Cara yang dikeluarkan oleh pihak McD untuk menyangkal video di atas:


    Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai.
    Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap paling ngeri dan berbahaya. Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati.

    Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.

    1) The Immortal Bridge (China)



    2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)



    3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)



    4) Royal Gorge Bridge (Colorado)


    5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)



    6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)



    7) Puente de Ojuela (Mexico)



    8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)



    9) Vitim River Bridge (Siberia)



    10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)


    Apakah benda ni????? Jawapan kat bawah...
































































    Ok.. agak menggelikan... ini ialah "egg case" atau sarang telur sejenis spesis ikan pari @ Skates. Selain dari spesis ikan pari ini, jerung juga mempunyai sarang telur seperti ni. Telur akan menetas di dalam sarang ini dan anak ikan akan keluar berenang dan meninggalkan egg case ni. Egg case ni biasa ditemui di persisir pantai.







    Pernah tengok iklan MyEG tentang di mana ada lelaki  macam cuba ngorat amoi kaunter tu.


    Tapi tahukah anda iklan asal MyEg ini diharamkan oleh kerajaan kerana dikatakan menunjukkan Malaysia dipenuhi pendatang asing tanpa permit?  

    Inilah sebab kenapa iklan yang ditayangkan sekarang nampak macam tergntung dan tak masuk akal. Now you know!




    Jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.

    Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

    Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

    Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

    Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

    Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

    Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

    Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

    Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

    Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

    Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

    Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

    Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

    Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

    Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

    Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

    Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

    Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

    Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

    Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.




    Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

    Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.


    Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionair muda Thailand.

    Pada tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah).dua kali ganda ketinggian tembok Berlin dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.






    Dengan pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum dibunuh.

    Tembok pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta. Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok pemisah Israel – Palestin ini?

    ”Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok” ( al-Hasyr : 14 )

    Tengok Gambar Tembok Pemisah Israel-Palestin yang lain kat bawah.





    Tahukah anda? Bola yang digunakan untuk Piala Dunia 2014 di Brazil dinamakan sebagai Brazura di mana bermaksud 'Brazilian' atau kehidupan yang berkaitan dengan negara itu. 




















    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.