background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Sejarah. Show all posts

    Mungkin inilah jawatan yang diimpikan kebanyakan umat Islam, iaitu sebagai pemegang kunci Kaabah. Ianya adalah posisi yang diberikan secara langsung oleh Nabi Muhammad setelah menguasai Makkah ketika itu.


    Setelah menghancurkan semua berhala dalam Kaabah dan bangunan itu dimandikan, Nabi Muhammad lantas menyerahkan kunci-kunci pintu Kaabah kepada Usman bin Taha dan Muthalib, sepupu Othman.

    "Kunci ini akan tetap anda pegang hingga hari kiamat," kata Nabi.

    Saat ini, kunci Kaabah itu dipegang oleh keturunan Muthalib, iaitu Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi. Beliau bertanggung jawab untuk membuka dan menutup pintu Kaabah serta mencuci bangunan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim itu.

    Syeikh Abdul Qadir bin Taha al-Shaibi (kiri)

    "Kunci-kunci ini harus dipegang oleh anggota tertua keluarga, jadi kemungkinan sepupu saya juga boleh memegangnya," kata Syekh Abdul Qadir.

    Beliau mengatakan Kaabah dimandikan dua kali setiap tahun, iaitu pada 15 Muharam dan permulaan bulan Sya'abn. Biasanya acara ini dihadiri oleh raja Arab Saudi atau Emir Makkah Putera Khalid al-Faisal, dan para pegawai kanan.


    Berikut ialah pelbagai jenis kunci Kaa'bah mengikut peredaran zaman, sebahagiannya kini sudah dilelong di beberapa pusat lelongan di London:










    UMOBILE THE BETTER DATA SHARE PLAN
    Beginilah keadaan hukuman pancung pada zaman dahulu. Dilakukan di khalayak ramai untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang melihat agar tidak melanggar undang-undang.

    Mengikut tarikh pada gambar tersebut, hukuman ini dilakukan pada 1905. Berikut adalah rakaman gambar hukuman pancung pada zaman dahulu.










    FREE SOCIAL ENGAGEMENT REPORT
    Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan. Pada zaman dulu plak kenderaan masih lagi tidak moden seperti sekarang tapi kemalangn tetap berlaku. Macam mana erk tue semua leh jadi?Jom kita tengok gambar.















    “Pada 20 November 1979, Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dibantu oleh adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat mereka, menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan”

    SERANGAN AWAL PAGI

    Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas solat subuh, Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

    Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab


    KEPUNGAN BERMULA

    Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

    Disamping itu ada masalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

    3 orang ahli GIGN yang “masuk islam”


    PEMBEBASAN TEBUSAN

    Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya.

    Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

    Kesan selepas pembebasan


    Pengganas yang berjaya ditangkap

    Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.


    Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi

    Siapa Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi?

    Seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Percaya yang semua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika. Beliau juga percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah merepek. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara.


    KESAN JANGKA PANJANG

    Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

    Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Setahun kemudian Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud.




    Apple merupakan antara syarikat yang paling berjaya pada zaman sekarang. Tapi korang pernah tak tengok iklan mereka pada zaman dahulu? Memang kelakar. Korang tengok la sendiri produk diorang. Ada baju, tali pinggang. Topi pun ada. Hehe.








    Yang ini paling epik. Smart kot tali pinggang tu. iBelt. hahaha..



    Mungkin ramai yang tak tahu, pada 26 April 2013 yang lalu merupakan ulang tahun ke-27 bencana letupan loji nuklear di Chernobyl, iaitu bencana nuklear paling hebat dalam sejarah. 

    27 tahun lalu, pada tanggal 26 April 1986, terjadi 2 ledakan dahsyat unit 4 reaktor penjana elektrik tenaga nuklear Chernobyl, melepaskan 2000 ton bahan radioaktif berbahaya ke udara.

    Letusan ini bertebaran menghujani bangunan di sekitar, membakar seluruh kota. Terbakar selama 10 hari, berputar-putar membawa gumpalan isotop radioaktif yang setara dengan 400 bom atom Hiroshima yang dilepaskan Amerika ketika perang dunia ke-2. 

    Bencana kebocoran reaktor nuklear Chernobyl telah terjadi 27 tahun yang lalu, namun kesan terhadap alam sekitar masih terasa hingga saat ini.

    Foto-foto berikut ini menggambarkan perbandingan keadaan sebelum dan selepas bencana kebocoran nuklear, hasil karya Alexander Kamenski dan David Schindler.
















    Gambar-gambar di bawah ini pula adalah gambar bandar Prypiat, sebuah bandar berdekatan dengan loji nuklear Chernobyl yang telah lama ditinggalkan.








    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.