background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Uwekkk. Show all posts


    Balut atau balot adalah embrio itik disenyawakan yang direbus dan dimakan dalam shell. Ia biasanya dijual sebagai streetfood di Filipina. Mereka adalah makanan yang biasa di negara-negara di Asia Tenggara, seperti Laos, Kemboja dan Vietnam . Mereka sering dihidangkan dengan bir.


    New York menjadi tuan rumah kejohanan tahunan pertama makan balut sejenis hidangan luar biasa Asia Barat. Balut adalah hidangan telur itik yang telah menjadi janin dan direbus. Diet ini dipercayai mengandungi banyak zat



    Ia boleh dipesan di mana-mana restoran di Filipina. Masyarakat Filipina memakan hidangan ini hampir setiap hari, ia adalah merupakan sebahagian daripada diet mereka dan dipercayai mengandungi banyak khasiat. Pemenang pertandingan ini adalah Aldzhenio Wayne, yang berjaya menghabiskan 18 telur 










    Jom layan video kat bawah :





    Sebuah kota kecil di Kemboja iaitu Skuon telah menjadikan makanan tradisional mereka iaitu Labah-labah goreng ranggup. Kini makanan exotic telah menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong. Ada yang sanggup menjelajah ke negara ini hanya untuk makan labah-labah. Dan ada juga labah-labah yang sanggup datang ke sini hanya unuk dijadikan makanan kepada pelancong-pelancong. Dan ada juga kedai yang sanggup datang ke sini hanya untuk dijadikan kawasan memakan labah-labah yang dimakan oleh pelancong-pelancong di dalam kedai makan.











    Warning / Amaran !!  Gambar-gambar yang di post ini agak mengerikan bagi sesetengah orang.. Dinasihatkan kepada yang ada masalah lemah jantung, sila jangan tengok. Kalo korang tengah makan, sila jangan tengok. Diulang sila jangan tengok.

    Viewer discretion is advised! 









    Inilah yang dikatakan lain padang lain belalangnya sama juga dengan makanan-makanan kesukaan orang didunia ini orang malaysia suka makan nasi lemak,orang putih suka makan keju dan orang di tempat lain juga mempunyai citarasa makan yang berlainan hinggalah kita nampak makanan mereka kelihatan begitu pelik dan aneh.


    Kembang tekak weihhhh.













    Seorang gadis Korea mempunyai tabiat pelik iaitu mandi, makan makanan yang bercampur dengan darah segar mahupun minum sahaja darah tersebut seperti watak vampire..!
    Tabiat pelik awek korea ini dipercayai kerana dia terlalu obses untuk kelihatan cantik dan comel ala-ala artis k-pop korea yang sering menjadi pujaan ramai.
    Walaupun tiada bukti khusus yang menunjukkan bahawa dengan meminum darah segar mampu untuk menjadikan seseorang wanita itu cantik seperti awek korea yang comel ini, sejarah pernah menyaksikan bahawa ada wanita yang turut sama mempunyai tabiat pelik ini seperti gadis ini iaitu Countess Elizabeth Bathory dari Hungary yang membunuh beratus-ratus anak dara untuk dijadikan air mandian bagi mengekalkan wajah, tubuh badan yang cantik dan menawan..!










    Sungai Citarum yang terletak di Kepulauan Jawa diishtiharkan sebagai sungai paling tercemar di dunia untuk tahun 2013 oleh Green Cross Switzerland dan Blacksmith Instute. Ia juga merupakan salah sebuah dari 10 kawasan paling tercemar di muka bumi. 
    Sungai Citarum dicemari sisa baja, cadmium, plumbun dan chromium yang tinggi. Air sungai ini diuji dan mempunyai kadar plumbum 1000 kali ganda lebih tinggi dari normal. Punca pencemaran ialah perladangan dan kilang penghasilan kain yang dibina berhampiran sungai. Sungguhpun airnya tercemar ianya masih digunakan oleh penduduk setempat untuk kegunaan harian. 
    Kerajaan Indonesia diberikan pinjaman USD 500 juta oleh Bank Pembangunan Asia bagi mengurangkan pencemaran dan proses pemulihan sungai. Ini harus dilakukan kerana 5 Juta orang tinggal sepanjang sungai ini dan ianya menjadi sumber air Bandaraya Jakarta. 





    Miskaulah, 38 tahun seorang warga Dusun Janganasem, Desa Trompoasri, Kecamatan Jabon, Sidoarjo, Indonesia mempunyai habit yang sangat luar biasa. Sejak dari kecil, wanita ini gemar memakan binatang secara hidup-hidup sehinggakan beliau tidak berselera untuk memakan makanan lain.


    "Kalau memakan ayam perut saya bisa kenyang, apalagi darah ayam rasanya manis-manis hangat ya. Kalau sekarang, setiap hari hanya menghabiskan dua ekor ayam. Dibanding dulu, setiap harinya habis 5 ekor mas," kata Mama Pretty, Nama samaran beliau yang juga seorang DJ radio di Tanggulangin, Sidoarjo.

    Namun Mama Pretty mengakui bahawa tabiat memakan ayam secara hidup-hidup membawa banyak masalah bagi beliau. Ini kerana jika dia tidak memiliki wang, dia terpaksa memakan ayam-ayam milik saudara-saudaranya di belakang rumah. Namun, saudara-saudara beliau cukup memahami tabiat pelik Mama Pretty ini.



    "Kadang-kadang itu, kalau tidak punya uang, ya ayam di belakang rumah milik saudara-saudara saya itu saya makan. Mereka pun menyadari, karena saya memang membutuhkannya. Kalau sehari saja tidak mengkonsumsi ayam, tubuh ini rasanya lemas tidak bertenaga," kata wanitan yang memiliki dua orang anak kepada wartawan.

    Soal rasa, menurut Mama Pretty, memang daging dan darah ayam lebih lazat meskipun beliau juga suka memakan ular. Beliau pernah keracunan ketika memakan ular hidup-hidup kerana bisa di dalam ular tersebut. Sejak dari itu, beliau jarang memakan ular dan lebih memilih untuk memakan ayam hidup.

    "Kadang juga saya makan ular, dan saya pun terpaksa harus membelinya dari penjual. Kalau dibandingkan antara daging ayam dan ular ya jelas enakan ayam. Sebab, saya pernah keracunan ketika menyantap daging ular ketika kelas 1 SMA. Gak tahu ular apa yang saya makan waktu itu. Pokoknya, usai menyantap ular itu wajah saya membengkak," jelas Mama Pretty

    Pelik-pelik je dunia sekarang ni. Adesssss.


    MAS HOLIDAYS BOOK NOW TO ENJOY YOUR HOLIDAY

    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.