background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Automotif. Show all posts

    Beginilah cara orang putih mengubah suai kereta di negara mereka. Mustang pun mereka boleh ubah suai menjadi four wheels. Semakin kencang pula kegilaan mereka sampaikan kereta Mustang boleh menjadi seperti Monster Truck.

    Ini kalau pergi jalan tanah lumpur mesti tiada lagi masalah terkubur tayar kan? Terbaekk kann..


















    INTRODUCING CIMB CLIKS OCTOSEND


    Satu-satunya motosikal Ferrari yang wujud di dunia ini telah dilelong dengan harga $137,000 di Bonhams, UK pada 29 April lalu. Motosikal ini dibuat khas sebagai tribute kepada founder Ferrari iaitu Enzo Ferrari.

    Motosikal ini dihasilkan oleh David Kay Engineering di Britain pada 1990 sempena kematian Enzo Ferrari dan dibuat khas untuk anaknya Piero Ferrari. Motosikal ini mengambil masa 3000 jam unutk disiapkan dengan menggunakan tenaga manusia @ handcraft.

    Motosikal ini dilengkapi dengan 4 silinder, 900cc enjin dan mampu mencapai 60mph dibawah 3 saat. Manakala top speed bagi motosikal ini pula ialah 165mph. Selama 17 tahun, motosikal ini dipunyai oleh seorang pengumpul motosikal dari Britain. Namun identiti pembeli yang terkini masih lagi menjadi rahsia.












    Mansory, sebuah syarikat dari Swiss merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam mengubahsuai kereta. Terbaru, syarikat ini telah mengubahsuai Lamborghini Aventador LP700-4.

    Ia dinamakan Carbonado sempena nama berlian hitam di Afrika dan Brazil. Hanya 6 buah dibina, dan kereta ini dibina dengan menggunakan carbon fiber sepenuhnya.

    Cool gile kan kereta ni.











    China memang terkenal sangat produktif membuat pelbagai jenis barangan dan peralatan, mulai dari peralatan rumah tangga sehinggalah ke pembuatan gadjet dan perlatan berteknologi tinggi.

    Sayangnya, strategi yang diterapkannya lebih cenderung meniru dan mencetak rompak, terutamanya yang berjenama terkenal dan berjaya di pasaran. 

    Lihat saja bagaimana jenama kereta di China meniru jenama terkenal dunia seperti di bawah ini:


    Dadi Shuttle copy of Toyota Prado 


    Geely Merrie 300 copy of Mercedes C


    Laibao SRV copy of Honda CRV


    Hongqi HQD copy of Rolls-Royce Phantom 



    Pertama kali dalam sejarah Honda Malaysia, Honda Jazz Petrol pemasangan tempatan (CKD) dijual pada harga RM74,800.

    Pada majlis pelancarannya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, “Dengan harga di bawah RM75,000, syarikat berharap akan menerima jumlah tempahan yang besar bagi Jazz dan mampu menguasai model lain dalam segmennya”.
    Dengan menggunakan hampir 40 peratus kandungan tempatan, model facelift ini masih mengekalkan kesemua ciri dan fungsi seperti model Jazz sebelum ini kecuali fungsi auto lock yang keluarkan.
    Dengan menyasarkan golongan berkeluarga dan belia profesional, Honda Jazz Petrol versi CKD yang dipasangkan di kilang Honda di Melaka kini boleh didapati di 64 pengedar Honda seluruh Malaysia.

    SPECIFIKASI :
    Honda Jazz Petrol
    Enjin: 1.5 liter SOHC 4 silinder 16-injap i-VTEC
    Kuasa maksimum: 88kW/6,600rpm
    Tork maksimum: 146Nm/4,800rpm
    Ciri keselamatan: Dual beg udara SRS, tali pinggang keselamatan 3-point Emergency Locking Retractor (ELR) G-Force Control Technology (G-Con), Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD dan BA
    Harga: RM74,800 (atas jalan dengan insurans)



    Fakta ringkas:

    • Mempunyai lebih dari 7000 buah kereta yang disimpan di dalam 5 garaj raksasa di istana baginda.
    • Jika setiap hari satu kereta digunakan, ia memerlukan kira-kira 20 tahun untuk setiap kereta dinaiki kesemuanya. 
    • Antara koleksi tersebut adalah Bugatti Veyron yang merupakan kereta termahal di dunia saat ini. Kereta ini juga merupakan kereta terlaju di dunia 2010 versi super cars. 
    • Baginda juga memiliki enam Rolls-Royce Phantom anti peluru . Sederet kereta mewah yang menjadi koleksi baginda adalah Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, Maybach 62, 962s Jaguar XJR-15, dan enam Dauer.
    • Juga memiliki enam Ferrari model FX, Bentley Continental R, Porsche Carma, Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos, dan Mercedes-Benz CLK-GTR yang diproduksi khusus untuk Sultan. 
    • Sultan Brunei ke 29 ini juga pecinta kereta lumba. Baginda bahkan memiliki muzim peribadi yang menyimpan koleksi kereta-kereta lumba Formula One yang menjuarai gelaran ini sejak 1980. Dia membelinya dari pasukan-pasukan pemenang, termasuk FW19 yang dipandu oleh Velleneuve ketika bersaing dengan Michael Schumacher pada 1977. 
    • Menurut catatan Harian Inggris The Daily Mirror, 30 Jun 2010, baginda memiliki 604 Rolls Royce, 574 Mercedes, 452 Ferrari, 382 Bentleys, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigseggs, 21 Lamborghini, 11 Aston Martins, dan 1 SSC. 
    • Jumlah ini jauh lebih banyak dibandingkan pada 2007. Saat itu, Daily Mirror juga menurunkan berita bahawa baginda memiiliki 531 Mercedes, 367 Ferrari, 362 Bentley, 185 BMWs, 177 Jaguar, 160 Porsche, 130 Rolls-Royce, dan 20 Lamborghini.

    Jika anda meonoton filem Fast 5 anda mesti tak akan lupakan kereta perisai yang digunakan olehThe Rock. Kereta perisai tersebut ialah Gurkha LAPV (light armoured patrol vehicle) , sebuah kenderaan berperisai yang direka untuk bertahan walaupun diserang dengan periuk api. Gurkha dihasilkan oleh Terradyne Armoured Vehicle dan dijual dengan harag USD 425 000 (RM 1.32 Juta)sebuah.

    Knight XV ialah Gurkha LAPV untuk kegunaan awam. Kinda like what Hummer H2/3 to the originalHummer used by the US military. Knight XV berbeza dengan Gurkha dari segi jumlah perisai (armor) yang dipasang. Jika Gurkha mampu bertahan serangan periuk api, Knight mampu bertahan serangan senjata automatik. Kaca Knight XV masih lagi kalis peluru. Tayarnya juga mempunya teras aluminium. Ini membenarkan Knight XV berfungi walaupun apabila tayarnya hancur ditembak.

    Bahagian dalaman juga diberikan sentuhan mewah dan pimp. Sistem audio visual terkini serta sistem infra merah untuk memandu pafa waktu malam turut disertakan. Jadi berapakah harga untuk sebuha Knight XV? Ianya lebih murah dari Gurkha LAPV iaiatu USD 295 000 (RM 923 000)sebuah.



    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.