background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Sukan. Show all posts


    Pehh. Memang licik taktik set piece yang digunakan untuk mengambil sepakan percuma ini. Genius. Sesuiai dengan pasukan bola sepak Israel.Boleh cuba di negara lain ni. Kehkehkeh.



    TELENOR GROUP


    Memang "stylo" sepakan penalti ini, memang agak sukar sekali untuk dilakukan.

    Joonas Jokinen (35) mengambil sepakan penalti dengan gaya ala Kungfu memang menakjubkan.

    Beliau juga berjaya menjaringkan gol dengan sepakan ala kung fu ini. Sungguh hebat. Saksikan video di bawah.


    DIGI UNLIMITED INTERNET AND FREE CALLS



    Seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Charlie Silverwood yang sedang menonton perlawanan antara kelab Bournemouth dan Real Madrid telah terkena bola sepakan percuma dari Cristiano Ronaldo dan menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah.

    Sepakan percuma yang diambil dari jarak 35 ela itu telah mematahkan pergelangan tangan Charlie di dua tempat. Tetapi Charlie tetap bertahan sehingga perlawanan tamat sebelum berkejar ke hospital. Setelah pihak pengurusan Real Madrid mengetahui tentang perkara ini, Charlie telah dihadiahkan sehelai jersi yang ditandatangai oleh pemain Real Madrid sebagai ganti rugi.



    Satu cerita panas berkaitan isu Matyo dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Disini satu kontroversi terjadi apabila isteri kepada penyerang terkenal ini masuk campur dalam hal hutang yang melibatkan Mat Yo dan KAFA. 

    Kes ini terjadi kerana ia melibatkan isu perpindahan Mat Yo dari Kelantan ke Johor Darul Takzim. 

    Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

    RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

    Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

    “Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini. Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul,” kata beliau.

    Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.”

    Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

    “Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.
    “Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya.

    Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri.

    Apa pendapat anda?




    Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada satu perlawanan selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada perlawanan sebelum ini.

    Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

    Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata.

    Berkemungkinan dinobatkan sebagai kelab bola sepak paling teruk di Britain.





    Bukit Jalil: Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha (gambar) selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin.

    Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan. Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

    Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

    Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

    Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

    Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring.


    Perlawanan bola sepak wanita antara dua kelab di Amerika ini menjadi bualan hangat media di seluruh negara tersebut.

    Pemain jersi merah bernombor 15 melakukan "foul" yang amat kasar terhadap pemain lawan. Bagaimanapun, pemain ini terselamat daripada menerima hukuman dari pengadil kerana kebanyakan aksi ganas wanita ini tidak disedari pengadil.

    Jom lihat video di bawah.


    Memang "stylo" sepakan penalti ini, memang agak sukar sekali untuk dilakukan.

    Joonas Jokinen (35) mengambil sepakan penalti dengan gaya ala Kungfu memang menakjubkan.

    Beliau juga berjaya menjaringkan gol dengan sepakan ala kung fu ini. Sungguh hebat. Saksikan video di bawah.




    China memang mendominasi acara gimnastik untuk mana mana pertandingan didalam dunia. Rasanya mana mana peserta dari nagara lain akan kecut perut kalu gimnas dari China join skali pertandingan itu. 

    Para gimnas mereka telah dilatih sejak mereka kecil lagi untuk memastikan badan dan tulang mereka dapat melakukan aksi yang extreme didalam sukan ini.

    Saksikan sendiri latihan yang amat extreme ini demi mencapai sebutir pingat emas di dalam Sukan Olimpik.
























    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.