background

Cite Best Ni

Powered by Blogger.

    Showing posts with label Terkini. Show all posts





    Semua mungkin sedia maklum bahawa Facebook telah membeli applikasi Whatsapp dengan harga USD 16 bilion. Wow USD16 bilion beb !

    Tapi tahukah anda bahawa Co-Founder whatsapp pernah memohon untuk bekerja di Facebook tetapi di reject. Berdasarkan screen shot twitter  bertarikh 1 Ogos 2009, beliau di tolak ataupun tidak berjaya untuk bersama Facebook sebagai pekerja tapi sekarang dia bersama Facebook sebagai Board Of Director tu.

    Hamik kau.. hahaha



    Festival ini di namakan Tofo Jubilo (ertinya lembu yang dibakar). Lembu akan di ikat dan kemudian bola api akan di ikat di tanduk lembu serta di bakar.

    Setelah berjam-jam dalam kesakitan yang luar biasa, lembu tersebut akan buta kerana api, dan kemudian mati dalam kesakitan. Masih belum cukup ngeri rasanya, orang ramai kemudian akan memotong lembu tersebut dan membahagi-bahagikan sesama mereka di acara tersebut. 

    Nyawa lembu tersebut hanya dijadikan mainan oleh manusia. Satu lagi bukti kekejaman manusia di muka bumi ini. Entah apa yang difikirkan oleh manusia tersebut.







    Anak kesayangan pelakon cantik, Nora Danish semakin membesar. Putra Rayqal kini sudahpun berusia 4 tahun. Saksikan gambar mesra Nora Danish bersama anaknya.





    Wanita yang berasal dari Filipina ini dikatakan telah membunuh ramai orang termasuklah suaminya sendiri. Bukan sahaja membunuh, malah daging-daging mereka dibelah potong untuk dimakan. Tindakan itu dikatakan wanita tersebut amat gemar makan daging manusia.

    Seorang perempuan dari Filipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya, dia sangat menikmati memakan daging manusia. Dia juga berkata bahawa dia telah banyak membuat pesta untuk saudara dan rakan-rakannya.

    Dia memberikan mereka daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. Rakan-rakannya mengatakan bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. Beberapa dari teman-temannya tidaklah tahu bahawa mereka akan menjadi sasaran wanita itu selanjutnya.

    Yang mengejutkan adalah wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya juga dan memakan dagingnya. Tapi untunglah aksi wanita tersebut telah diketahui oleh pihak yang berwajib.





    Kota Kinabalu: Polis tidak menolak kemungkinan faktor dendam menjadi punca seorang lelaki warga Pakistan maut terkena bom ikan dalam kejadian di Kampung Air Semporna, Selasa lalu.

    Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu kemungkinan didalangi pesaing mangsa yang turut menjalankan perniagaan menjual kain di sekitar daerah berkenaan.

    “Bagaimanapun, kita masih lagi menyiasat motif sebenar kes ini dan gerakan memburu suspek masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

    Mohd Firdaus berkata, pihaknya yakin kejadian itu membabitkan lebih daripada seorang suspek seperti dinyatakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 12 Jun lalu.

    “Setakat ini polis sudah mengambil keterangan empat rakan senegara mangsa yang menetap di rumah sewa berkenaan bagi membantu siasatan.

    “Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

    Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, Attaulah Hukmat Khan, 35, terbunuh selepas terkena bahan letupan dipercayai bom ikan ketika tidur di ruang tamu rumah terbabit.

    Letupan turut menggegarkan rumah berhampiran, manakala empat rakan mangsa sempat keluar melalui tingkap menyelamatkan diri.

    SHAH ALAM - Satu akaun laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) yang diwujudkan sejak 21 Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.

    Laman terbabit yang menyentuh sensitiviti agama didakwa menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam.

    Dengan menggunakan nama tersebut di Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan keahlian percuma kepada orang ramai.

    Laman Facebook PGA itu juga mempelawa mempelawa orang ramai yang sudah muak dan penat melayan melayan kerenah parti-parti di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PKR, menyertai mereka.

    Kesemua orang ramai mengutuk tindakan pemilik akaun tersebut kerana tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini.

    "Bolehkah jangan menghina agama Islam, ko ada kuasakah mahu hina agama orang? Kalau ada post gambar dan video kau ada kuasa syaitan," kata salah seorang warga Facebook, Mohd Firdaus Abdul Lamir dalam akaun PGA.

    Nur Amira Syahirah pula berkata, tiada guna bercakap dengan manusia seperti pemilik akaun Facebook itu.











    Jika orang kata, ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia. Ini yang dipraktikkan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Daniel Suelo berusia 51 yang tidak berduit walau satu sen pun, namun dia hidup gembira. Dia tidak mempunyai hutang atau sewa rumah yang perlu dibayar atau terpaksa membeli makanan atau minuman. Sebaliknya, dia memilih untuk tinggal di dalam gua dan mencari makanan di dalam tong sampah atau merebus binatang yang mati dilanggar di jalan raya.

    Dia juga mandi tanpa sabun di anak sungai. Suelo, menukar namanya daripada Shellabarger pada 2000 selepas memutuskan untuk tidak menggunakan wang dalam kehidupan hariannya. Misinya adalah untuk menggunakan benda sedia ada di muka bumi ini tanpa membayar sesen pun.

    Dia bukannya seorang yang manusia yang asalnya dilahirkan sebagai lelaki gua, sebaliknya Suelo mempunyai kelulusan dalam bidang antropologi dari Universiti Colorado.

    Dia pernah mempunyai sebuah rumah dan membeli belah di pusat beli belah, namun Suelo mula berasa bosan kerana terpaksa melakukan urusan berkenaan. Bagi penganut agama kristian ini, kerja harian yang dilakukannya itu dilakukan tanpa ikhlas, lantas dia berhenti kerja dan mengembara ke India.

    Sepanjang kehidupan berkelana, dia mencari hala tuju kehidupan sebenar dan melakukan pelbagai kerja demi menampung kehidupan, namun akhirnya dia mendapat jawapannya. Suela menyedari bahawa ujian sebenar adalah mengetepikan materialistik yang mengejar wang dan harta benda semata-mata sebaliknya kembali kepada aspek asas iaitu hidup tanpa harta benda.

    Ia bererti tidak mengharapkan apa-apa balasan, hidup bebas tanpa hutang, tanpa kad kredit dan tidak dibebani masalah kewangan. Satu-satunya wang pembayar cukai yang ditumpangnya ialah menggunakan jalan raya serta perpustakaan awam. Dia kini mempraktikkan kehidupan tanpa wang kerana baginya wang hanya satu ilusi.

    “Money only exists if two or more people believe it exists.” – Daniel Suelo




    Pada hari ini kita sudah pun memasuki fasa bulan syaaban, ini bermakna tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita menyambung kedatangan bulan ramadhan. Baru-baru ini satu majlis  membersihkan dalam  Kaabah telah diadakan  bersempena kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Difahamkan Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar. Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim. Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam.


    kaabah2
    kaabah3

    Aksi ngeri ini bukanlah melibatkan pergaduhan, tetapi tentang sikap seorang bapa yang sedang menerajang anak kecil secara bertalu-talu. Kejadian ini telah berjaya dirakamkan kerana ia berlaku di depan khalayak umum.

    Ia dipercayai berlaku di China. Namun, sebagai manusia dan seorang bapa, kita tidak sanggup melihat apa yang lelaki dalam klip ni buat kepada seorang kanak-kanak yang mungkin anaknya tidak kira di mana pun ia berlaku.



    Popular Posts

    • Kisah Penjenayah Ganas Botak Chin ( Video ).
      NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dil...
    • Pengantin Perempuan Yang Paling "Bersinar" ( 6 Gambar ).
      Lie Cheng berasal dari China mungkin akan menjadi pengantin wanita paling ‘bersinar’ yang pernah ada. Bagaimana tidak, saat pernikahannya Li...
    • Kelab Bola Sepak Yang Catat Sejarah Dunia, Kalah 55-0 ( Video ).
      Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada...
    • Kemalangan Jalanraya Pada Zaman Dahulu (13 Gambar)
      Pada zaman sekarang manusia selalu mengejar masa, maka x hairan laa kalau kita tengok dijalan raya berlakunya kemalangan disebabkan kelajuan...
    • Amanda Seet Wanita Cun Malaysia Yang Terkenal (26 Gambar)
      Amanda Seet atau mun-mun,Ah moi  Malaysia yang cantik dan hot yang menjadi terkenal di facebook dan instagram jom kita tengok – tengok. Pada...
    • Pekerja Lombong Emas Seperti Hamba Abdi (18 Gambar)
      Serra Pelada (Gunung Botak) adalah sebuah lombong emas yang terletak di Brazil. Ianya kini sudah ditutup dan sudah menjadi sebuah tasik yang...
    • Baju Di Tarik Peminat (7 Gambar)
      Berpakain "berani" dan menjolok mata adalah fenomena biasa bagi artis dan selebriti di luar negara. Tapi entry kali ini bukan hend...
    • Gambar Cantik Anzalna Nasir Yang Comel (8 Gambar)
      Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) ataupun selepas berperang dengan ...
    • Cara Pembuatan McNugget Di Kanada (8 Gambar / Video)
      Sebagai penggemar makanan segera tersohor MCD, kita semua telah didedahkan oleh pihak McD dengan video dan gambar cara mereka menyediakan Mc...
    • Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 (18 Gambar)
      Gambar - Gambar Semasa Tragedi Highland Tower Pada Tahun 1993 | Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari ...

    Total Pageviews

    • Comments
    • Tags
    Automotif Comellll Fakta Gajet Gangster Islamik Kejam Komik Kreatif Lawak Misteri Ngeri Pelik Pheewwiitt Sadis Sejarah Selebriti Semasa Sukan Terkini Uwekkk Wowww

    Latest From

    About Us

    Quick Links

    Follow Us

    Copyright 2012 Cite Best Ni. All rights reserved.

    Designed by spicytricks.