Kenderaan Darat Terpantas Di Dunia ( Video ).


Keinginan manusia untuk memecahkan rekod kelajuan tidak pernah berhenti. Sekumpulan pasukan dari England merancang untuk memecahkan rekod kenderaan
darat terpantas di dunia yang hingga kini belum dapat dipecahkan, sejak 13 tahun lalu.

Kereta ini dinamakan Bloodhound Super Sonic Car (SSC), direka untuk mencapai kelajuan sehingga 1000 batu per jam atau sekitar 1600 km per jam.

Dengan kecepatan tersebut, Bloodhound dapat mengalahkan kecepatan peluru yang ditembak dari pistol revolver Magnum 0.357 yang berkelajuan 441 meter per saat.

"Kami mendapat banyak tawaran dari berbagai syarikat di seluruh dunia, yang ingin menjadi penaja," ujar Richard Noble, pengarah projek pasukan ini, kepada BBC News.

Enjin Bloodhound ialah kombinasi daripada roket Falcon dan sebuah mesin jet EJ200 yang digunakan pada pesawat tempur Eurofighter Typhoon.

Enjin jet ini mampu mengeluarkan daya tujahan sekuat sembilan tan, sementara enjin roket akan menyediakan daya tambahan sebesar 12 tan.

Bloodhound dibuat dari campuran tipis akrbon fiber dan titanium. Roda dibuat dari campuran aluminium padat, berat 97 kg dan 90 cm diameter.Lockheed Martin, pembuat pesawat jet F-22 Raptor dan F-35, yang akan membuat tayar kenderaan ini.

Tayar merupakan elemen penting, kerana dijangka berputar dengan kelajuan tertinggi 170 pusingan per saat (sekitar 10.200 rpm).

Sementara pembuat enjin jet di mobil F-1, Cosworth, yang baru saja bergabung, akan terlibat dalam pembuatan satu unit kuasa yang mengawal cecair oksigen dalam Bloodhound. Dan Hampson Industri akan membina bahagian belakang kereta.

Rekod ini akan diadakan di Hakskeen Pan di Wilayah Cape utara, Afrika Selatan. Di landasan sepanjang 20 km dan 1.5 km lebar.

Sekitar 300 orang tempatan telah dikerahkan untuk membersihkan trek dari batu untuk mengelakkan kemalangan. Bloodhound mesti melakukan dua kali lintasan untuk memecahkan rekod ini. Keputusan kelajuan secara purata itulah yang akan menjadi kelajuan rasmi dari kenderaan itu.











PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments