Wan Doyok Hentam Neelofa



Wak Doyok kini semakin popular di Malaysia meskipun dia bukanlah artis terkenal.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) yang dikenakannya.


Sebelum dikenali umum, Wak Doyok yang tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal ala maskulin era Inggeris 60-an sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan pencinta dan pereka fesyen.

Ternyata dia sakit hati apabila Neelofa secara terang-terangan bertanya kepada Nabil, “Eh dia bukan from Indonesia ke?”

Maka hari ini, Wak Doyok telah memuatnaik satu status mengejek Neelofa yang diketahui umum, teruk kena kritik kerana memakai fesyen ala Power Rangers pada malam anugerah bersama status berbunyi, “Suka mengata orang? Kan dah kena diri sendiri. Aku lahir di Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia. Suke!!”



Bagaimanapun, tindakan Wak Doyok ini nyata tidak dipersetujui beberapa pengikut Instagramnya sendiri.






Bagi mereka Neelofa tidak bermaksud mahu mengata Wak Doyok tetapi terkeliru dengan pelawak Indonesia yang juga bernama Doyok.

Dalam hal ini, rasanya Neelofa memang silap kerana tidak membuat research hingga mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati Wak Doyok.









PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments