Salah satu dari sekian banyak festival di Thailand yang paling digemari adalah Songkran Festival atau dalam bahasa melayunya festival tahun baru. Perayaan ini akan berlangsung dari tarikh 13 April hingga 15 April setiap tahun.
Sempena perayaan ini, orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain. Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air "bertuah" yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan ke arah orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga.
Bagi golongan muda pula, oleh sebab bulan April merupakan bulan terhangat di Thailand (suhunya boleh mencecah 40°C), perayaan ini dijadikan hari berseronok dengan menyimbahkan air ke arah orang lain, sehingga timbulnya gejala seperti berlawan air dan menyimbah air ke arah orang yang memandu kenderaan.
0 comments