Lumpuh Selepas Pembedahan Kosmetik (9 Gambar)



Linda Perez (18) ialah seorang ibu tunggal yang berasal dari Miami Florida. Tahun lalu beliau memilih untuk melakukan pembedahan pembesaran “aset” di sebuah klinik kecantikan.

Malangnya ketika prosedur dilakukan berlaku komplikasi dan beliau koma selama dua bulan. Selepas sedar daripada koma Linda kini lumpuh dan tidak mampu berkata-kata. Ibu bapa Linda kini menyaman klinik kecantikan yang menjalan prosedur pembesaran “aset” ini kerana dikatakan bertanggungjawab atas kecacatan anak mereka.

Pihak klinik pula berkata apa yang berlaku adalah kesalahan pesakit yang tidak mencatatkan kesemua masalah berkaitan kesihatan sebelum pembedahan dijalankan. Terdapat rekod yang menunjukkan Linda mempunyai alergi terhadap beberapa jenis anastetik ketika melahirkan anak beliau 4 tahun sebelum ini.

Original memang cantik,janganlah diubah-ubah.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments