Kitab Al-Quran Terbesar di Dunia ( 6 Gambar ).

Seorang kaligrafer berasal dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta Al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.



Kitab suci itu, dengan muka surat berukuran 2.28 meter panjang dan 1.55 meter lebar, telah disahkan sebagai terbesar di dunia oleh kementerian haji dan hal ehwal agama Afghanistan, mengikut pusat budaya Kabul yang menempatkannya.

Al-Quran Afghan itu mempunyai berat 500kg dan sejumlah 218 muka surat yang diperbuat daripada kain dan kertas, terikat di dalam penutup kulit timbul yang dibuat daripada 21 ekor kulit kambing, dengan kos kira-kira RM 1.5 juta.







PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments