Buaya 1 Tan Di Temui Di Kuala Selangor ( Video ).


Menurut penduduk di kampung berkenaan, buaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang Berjuntai, Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kapal korek pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk.

Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.











PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments