Kailash Sigh, lelaki berusia 65 tahun yang tinggal di kota suci Varanasi di tepi sungai Gangga terakhir kali mandi pada tahun 1974, tidak lama setelah dia berkahwin. Sejak itu, Singh juga tidak mencukur janggut dan memotong rambut yang panjangnya kini sudah melebihi tinggi badannya.
Singh mengatakan tujuan dia tidak mandi agar suatu hari nanti dikurniakan anak lelaki. Ayah dari 7 orang anak yang kesemuanya perempuan ini berkeyakinan, jika dia konsisten tidak mandi maka suatu masa nanti isterinya akan mengandung anak lelaki.
Sementara itu isterinya, Kalavati Devi yang berusia 60 tahun juga tidak habis berfikir dengan pola fikir suaminya. Devi sering mengancam tidak mahu tidur seranjang jika Singh tidak mandi, namun ancaman itu tidak diambil peduli sehingga Devi akhirnya mengalah.
Boleh dibayangkan bagaimana bau badan Singh yang sehari-hari bekerja di ladang di bawah terik matahari bersuhu 47 darjah celcius. Satu-satunya cara Singh membersihkan badan hanyalah dengan ritual "mandi api" iaitu menari di sekitar unggun api setiap malam sambil berdoa.
"Kami sering berusaha memandikannya secara paksa, tetapi dia selalu berontak kemudian lari. Katanya dia lebih sanggup mati daripada harus mandi. Dia hanya akan mandi kalau sudah punya anak laki-laki," ungkap Devi.
Hingga kini belum ada rekod dunia yang rasmi berkaitan bau badan seseorang. Namun dengan kebiasaan anehnya yang tidak pernah mandi dan mencukur rambut selama 37 tahun, Singh tampaknya sudah memenuhi syarat untuk menjadi manusia paling busuk di dunia!
0 comments