Penjelasan Erra Fazira Tentang Isu Ustaz Azhar Idrus.


Dalam rancangan Primadona di Astro baru-baru ini Erra Fazira telah mengumumkan satu iklan mencari bakat baru penceramah "Pencetus Ummah" tetapi beliau hanya menyebut nama Ustaz Kazim tetapi tidak menyebut nama Ustaz Azhar Idrus.

Sedangkan dalam iklannya jelas terpampang nama Ustaz Azhar Idrus.. "INGIN MENJADI PENCERAMAH YANG HEBAT SEPERTI USTAZ AZHAR IDRUS ATAU KAZIM ELIAS?"

Oleh itu tindakan Erra itu dipertikaikan oleh ramai peminat Ustaz Azhar Idrus malah ada yang mendakwa tindakan Erra ini menunjukkan bagaimana ta'asud seseorang sehingga menjadi tergaman untuk menyebut nama atas dasar persepsi yang ada dalam mindanya.

Dan ada yang mengatakan Erra Fazira seolah-olah tidak mahu penonton rancangan Primadona tahu bahawa Ustaz Azhar Idrus juga kini dijadikan sebagai idola dalam pencarian bakat penceramah muda..

Bagi menenangkan keadaan, Erra tampil memberikan penjelasan melalui akaun twitter beliau...




Erra mengatakan bukan salah beliau untuk kerana beliau hanya membaca skrip, tapi tanyalah kepada penulis skrip kerana beliau hanya menbaca sahaja.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments