Baru-baru ini pihak polis di Colombia berjaya merampas sebuah kapal selam buatan sendiri yang dipercayai milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.
Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.
Nampaknya memang hebat betul bisnes dadah di sana sehinggakan mereka mampu membangunkan teknologi sendiri untuk menyeludup dadah. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menghalang mereka, namun nampaknya seperti tiada sesiapa yang dapat menghentikan mereka.
0 comments