Haiwan-Haiwan Lutsinar Yang Terdapat Di Dunia.

Bayangkan anda terjumpa haiwan atau serangga yang berbadan lutsinar, apa perasaan anda? Pasti ada yang teruja dan pasti ada yang geli geleman. Kenapa, sebabnya kita nampak apa didalam badannya.

Cuba anda fikir jika manusa mempunyai kulit yang lutsinar, pasti ada yang nak muntah melihatnya. Mana tidaknya, usus, paru-paru dan selaga sistem dalam anda nampak dengan mata anda sendiri.
Kami mahu tunjukkan kepada anda mengenai 10 haiwan yang berbadan lutsinar. Jom kita saksikan.

1. Katak Lutsinar


Katak Kaca/Glass Frog adalah binatang yang boleh didapati di Venezuela. Katak ini termasuk dalam keluarga amfibia Centrolenidae (ordo Anura). Warna umum katak ini adalah hijau lemon. Namun kulit yang berhubungan dengan perut nampak lutsinar, sehingga organ-organ dalaman seperti jantung, hati, dan organ pencernaannya terlihat jelas. Geli tak?

2. Kupu-Kupu Lutsinar


The Glasswing Butterfly adalah seekor kupu-kupu yang mempunyai sayap yang lutsinar. Jaringan antara urat darah halus dengan sayap-sayapnya nampak seperti kaca. Jenis kupu-kupu ini boleh dijumpai di wilayah Amerika Tengah, membentang antara Mexico hingga Panama.


3. Ikan Berkepala Lutsinar


Barreleye fish (Macropina microstoma) adalah ikan air laut dalam yang memiliki kepala yang lutsinar.Ikan ini memiliki mata yang sangat sensitif terhadap cahaya (tertutup oleh lensa berwarna hijau cerah) dan pelindung berisi cairan di bagian kepalanya. Matanya menunjuk ke arah atas ketika ikan tersebut sedang mencari makan. Kedua bintik di atas mulut ikan itu bukanlah matanya. Itu adalah alat pernafasan yang disebut nares.


4. Sotong Lutsinar


The Glass Squid (Teuthowenia pellucida) adalah sotong yang memiliki organ-organ yang terang pada bahagian mata dan memiliki kemampuan untuk menggulung seperti bola. Sotong ini selalu menjadi mangsa ikan-ikan laut dalam, paus, dan burung-burung laut.


5. Ikan Zebra Lutsinar


Ikan zebra ini ditemui pada tahun 2008 oleh para saintis. Ikan ini membolehkankan para saintis di Children’s Hospital Boston untuk melihat secara langsung organ-organ dalaman ikan tersebut dan melakukan proses pengamatan penyakit (seperti tumor dan kanker) secara real-time.


6. Ikan Ais Lutsinar


The Crocodile Icefish (Channichtthydae) boleh ditemukan di wilayah perairan sejuk di Antartika dan wilayah Amerika bahagian selatan. Darah mereka juga lutsinar karena tidak memiliki hemoglobin. Unikkan ikan ini?


7. Haiwan Amfabia Lutsinar


Disebut juga Phronima, haiwan ini merupakan salah satu spesis unik yang boleh ditemui di jajaran pergunungan laut di Atlantik Utara. Makhluk ini membuat penyamaran dengan cara membuat tubuhnya nampak lutsinar (meskipun organnya tetap terlihat).


8. Udang Larva Lutsinar


Udang ini boleh ditemukan di beberapa wilayah perairan di sekitar Hawaii. Di gambar ini udang tersebut sedang berada di atas ubur-ubur yang juga lutsinar.


9. Salp Lutsinar


Fauna-fauna yang disebut salps ini hidup dengan memakan fitoplankton, dengan panjang biasanya antara 1-10 cm.


10. Obor-obor Lutsinar


Hampir semua anggota badan Coelenterata (Cnidaria) ini memiliki tubuh yang lutsinar. Gambar berikut adalah ubur-ubur dari genus Arctapoderma, dengan ukuran panjang satu inci.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments