Ayah Kurung Dan Dera Anak Sehinga Kebulur.

Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.

Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.

“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun.












PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments