Tikus Yang Bersaiz Anjing ( 4 Gambar ).

Shi Beidan ternampak seekor tikus yang saiz tubuhnya hampir menyerupai anjing kecil di dapurnya. Shi menangkap tikus itu dan memberinya buluh sebagai makanannya. Ketika ini, Shi sudah memiliki 2 ribu ekor tikus raksasa itu.

Di kediamannya yang terletak di daerah Guizhou, China, Shi memutuskan untuk menternak tikus buluh. Tikus-tikus itu pun dijual ke pasaran.

Selain menjadi santapan di beberapa restoran, bulu tikus buluh boleh dimanfaatkan untuk membuat jubah. Shi yang dulu bekerja sebagai petani, kini mempunyai pekerjaan baru sebagai penternak tikus. Perniagaan jualan tikus yang dijalankan Shi juga semakin berkembang.

Tikus bambu adalah spesies tikus yang dianggap sebagai makhluk perosak di beberapa negara Asia. Tikus itu boleh membesar sesehingga mencapai 50 sentimeter. Manakala badannya boleh mencapai 4 kilogram.

Selain mempunyai harga yang tinggi, tikus bambu merupakan haiwan yang cepat berkembang biak. Di China, daging tikus buluh boleh diniai empat kali ganda lebih mahal berbanding ayam dan babi. Banyak warga China yang percaya, memakan tikus akan mencegah keguguran dan menghangatkan tubuh.





PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments