Pasangan Kulit Hitam Dapat Anak Kembar Hitam Putih

Tidak seperti anak kembar lain, anak yang dilahirkan oleh Pamela Frazer ini amat unik kerana mereka mempunyai warna kulit yang amat berbeza.

Anak kembarnya, Candice Anne, berkulit, berambut, dan bermata hitam. Sedangkan kembarnya, Aleisha Lily berkulit putih. “Setidaknya saya tidak keliru membezakan Candice dan Aleisha,” katanya.

Bagi Pamela (30 tahun), perbezaan warna kulit itu menjadikan anaknya sangat istimewa. Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer (37 tahun), berkulit hitam mereka dilahirkan dari keturunan pasangan kulit hitam dan kulit putih. Ibunda Pamela mempunyai darah Jamaica, Afrika, dan Ireland, dan ayahnya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Oswald juga berdarah campuran Jamaica dan Ireland, dan ayahnya seorang keturunan Jamaica. Perbezaan warna kulit pada anak kembar amat jarang terjadi walaupun sering ditemui pada adik beradik yang tidak kembar. Dan kes ini menurut para doktor kemungkinannya adalah 1 dalam sejuta.



Candice (kiri) dan Aleisha)

Pamela dan Oswald Frazer mempunyai keluarga yang berdarah campuran




PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments