Jangan anggap kemalangan hanya boleh berlaku di atas jalan raya sahaja, tetapi ia boleh berlaku di mana-mana sahaja bertetapan dengan istilah malang tidak berbau. Kali ini terdapat satu kejadian mengerikan yang telah berlaku dalam sebuah lif di China.
Seorang wanita yang asyik bercakap dengan telefon bimbit tidak perasan apabila pintu lif tersebut tertutup menyebabkan dirinya tersangkut. Ekoran daripada kejadian tersebut, kepala putus di hadapan orang awam yang turut sama berada dalam lif tersebut.
Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.
Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak. Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.
Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.
Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.
Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.

Kepala Wang putus dan tubuhnya terbelah dua. – Agensi
0 comments