Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar.
Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah. Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu.
Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi.
0 comments