Finalis Ratu Cantik Jadi Jurulatih Bola Sepak (6 Gambar)



VOJAKOVAC, Croatia - Seorang wanita, Tihana Nemcic, mahu dirinya dilayan sama seperti ketua jurulatih yang lain.

Nemcic, 24, yang merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Croatia dan model sambilan kini mendapat perhatian luar biasa.

Ini kerana dia telah mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki Croatia bagi pasukan NK Viktorija Vojakovac yang beraksi dalam divisyen kelima.

Nemcic, bekas pemain kelab di Croatia, memperolehi ijazah dari Universiti Sukan negara ini pada Julai lalu
Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih pasukan NK Viktorija Vojakovac, Nemcic menegaskan bahawa dia bertanggungjawab ke atas pasukan bimbingannya dan bukan untuk mendapat publisiti media.

Nemcic yang juga merupakan 15 finalis bagi merebut gelaran Ratu Sukan Croatia pada tahun 2008 mengakui berdepan cabaran tertentu dalam melatih pemain lelaki. 

Gambar-gambar menarik beliau :












PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments