Upacara Mengahwinkan Katak Di India ( 5 Gambar ).

Perkahwinan pelik ini diadakan di negara India iaitu di sebuah daerah bernama Nashik. Perkahwinan ini diadakan bagi tujuan meminta Dewa mereka untuk menurunkan hujan. Hal ini kerana di beberapa buah daerah di sana, mengalami kemarau yang panjang. Masyarakat di sana juga percaya bahawa jika katak dikahwinkan, maka hujan yang diharap-harapkan akan turun.

Majlis perkahwinan ini disaksikan oleh ratusan penduduk kampung, ketika itu juga lima orang sami akan membacakan mentera. Dua ekor katak itu dipakaikan baju khas dan dihiasi dengan bunga-bungaan seperti bunga melur. Selain itu, pasangan katak itu turut dilumur dengan kunyit, salap yang suci dan diaktakan mempunyai tuah tertentu. Sebuah pancaragam tradisional pula memainkan lagu-lagu filem Bollywood.

Katak pengantin yang jantan bernama Barun yang bermaksud angin manakala katak betina bernama Bijuli iaitu bermaksud kilat. Mungkin juga apabila ‘kilat’ dan ‘angin’ ini disatukan maka hujan akan turun ke bumi.

Kedua-duanya dikahwinkan mengikut adat resam Assamese. Lagu-lagu keraian didendangkan selain pemberian hadiah turut diadakan. Penduduk kampung dan masyarakat luar berada di dalam khemah yang didirikan serta jamuan perkahwinan turut diadakan sama seperti majlis perkahwinan manusia.

Selepas upacara perkahwinan ini selesa dijalankan, katak-katak tersebut diberi makanan istimewa seperti lalat dan nyamuk. Setelah itu, pasangan katak ini pula akan dilepaskan ke dalam tasik yang terpilih.

Begitulah antara perkahwinan pelik yang berlaku di India mengikut fahaman kuno mereka. Mujur perkara sebegini tidak diadakan di negara kita.









PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments