Smartphone Senipis Kertas Yang Boleh Dilenturkan Daripada Samsung ( Video ).

Samsung telah mempamerkan telefon pintar boleh lentur pada pameran gadget antarabangsa CES di Las Vegas baru-baru ini.


Meskipun begitu, Samsung mengatakan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Microsoft itu, adalah prototipe sahaja dan masih dalam proses pembangunan.

Untuk membolehkan telefon ini dilentur, Samsung meletakkan bahan kimia khas di atas plastik tipis bukan kaca.

Ia menggunakan teknologi pemancar cahaya organik diode atau OLED. Hanya lapisan tipis bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan skrin yang cerah berwarna-warni.



Samsung juga mempamerkan televisyen LED bersaiz 55inch yang melengkung di pameran itu, dikatakan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments