Letupan Nuklear Terkuat Di Dunia

Tatkala dunia dikuasai oleh pemerintahan bipolar (Soviet vs Amerika), berlakunya kerancakkan dalam pelbagai bidang seperti space race, arms race,tak terkecuali juga dengan perlumbaan senjata nuklear.

Bermula dengan Trinity test oleh Amerika pada julai 1945, maka muncul lah pelbagai ujian yang dilakukan oleh beberapa negara seperti Soviet, United Kingdom, China, Perancis, India, Pakistan dan Korea Utara.




Bom atom yang digunakan semasa Trinity test

Tsar Bomba merupakan nama bagi bom nuklear yang menghasilkan letupan terkuat sehingga ke hari ini. Dengan kekuatan sebanyak 50 mega tan, ianya bersamaan dengan 1400 kali ganda kekuatan 2 bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. (total 36kt).

Kekuatan asal bagi bom ini adalah 100mt, tetapi telah dikurangkan bagi mengurangkan nuclear fallout dan untuk mengelakkan pesawat yang menggugurkan bom ini turut terkena kesan secara langsung. Bom seberat 27 tan dan sepanjang 8 meter ini digugurkan melalui parachute dari ketinggian 10.5km dan meletup pada ketinggian 4km.




Bola api (fireball) yang terhasil teramatlah besar, iaitu berdiameter 8 kilometer, dan boleh dilihat sejauh hampir 1000km. Mushroom cloud yang terbentuk selepas itu mencecah ketinggian 64km letupan yang dilakukan dikawasan terpencil di Novaya Zemlya.

3rd degree burns akan terhasil walaupun kita berada pada jarak 100km dari kawasan ujian. Tingkap kaca pecah turut dilaporkan sejauh Finland dan Norway.



Bulatan kecil dalam gambar adalah saiz letupan di Hiroshima dan Nagasaki. Lihat saiznya dan bandingkan dgn tsar bomba.





PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments