Kekasih Baru Adira Orang Politik? ( 9 Gambar ).


Selepas ada disiarkan artikel mengenai Adira dan pasangan pergi menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, terus-terang kami terus tak boleh duduk diam selagi tak dapat tahu siapa jejaka yang bersama Adira itu.

Yelah, bukan kami sahaja, tetapi ramai juga berminat serta ingin tahu siapa gerangan lelaki yang dikenali sebagai @shahrul_jr di laman Instagram itu kan? Tambahan pula, wajahnya bukanlah familiar pun dalam industri hiburan tanah air.

Tapi, kami bernasib baik kerana turut berkawan dengan orang yang bukan di kalangan industri hiburan. Sebabnya, dari situlah, kami dapat tahu bahawa Adira sekarang ini memang sedang bercinta dengan jejaka itu yang kami rasa agak tampan juga.

Wah nampaknya, cepat juga Adira dapat pengganti selepas putus cinta dengan Aliff Azizkan? Tapi baguslah, takde lah Adira rasa frust sebab lama sangat putus cintakan?

Selepas kami dapat tahu jejaka itu kekasih Adira,

Kami pun apa lagi, cubalah buat siasatan sendiri dan mula mengintai laman Instrgaram miliknya. Bila diimbas semua foto-fotonya, kami dapat simpulkan yang dia ni seperti orang kuat politik. 

Yelah, banyak juga dia bergambar dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta tak ketinggalan bersama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak.

Mana taknya, daripada info Instagramnya, kami dapat tahu, dia rupanya adalah Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Oh no wonderlah ada banyak gambarnya dengan Khairy Jamaluddin atau glamor dengan nama KJ. Anak buah KJ rupanya.

Siasat punya siasat lagi, kekasih Adira ini yang nama sebenarnya adalah Shahrul Nasrun Kamarudin itu kami dapat tahu merupakan anak Dato dan berasal daripada Kelantan.

Wah, nampaknya pilihan Adira kali ini bukan orang dalam industri hiburan lagi. Murai Batu tak kisah lah dengan siapa Adira nak bercinta asalkan dia bahagia kan? Lagipun secocok je tengok dorang berdua ni, sama cantik sama padan.




PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments