Honda Malaysia Umum Penurunan Harga Model Jazz,.


Pertama kali dalam sejarah Honda Malaysia, Honda Jazz Petrol pemasangan tempatan (CKD) dijual pada harga RM74,800.

Pada majlis pelancarannya, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, “Dengan harga di bawah RM75,000, syarikat berharap akan menerima jumlah tempahan yang besar bagi Jazz dan mampu menguasai model lain dalam segmennya”.
Dengan menggunakan hampir 40 peratus kandungan tempatan, model facelift ini masih mengekalkan kesemua ciri dan fungsi seperti model Jazz sebelum ini kecuali fungsi auto lock yang keluarkan.
Dengan menyasarkan golongan berkeluarga dan belia profesional, Honda Jazz Petrol versi CKD yang dipasangkan di kilang Honda di Melaka kini boleh didapati di 64 pengedar Honda seluruh Malaysia.

SPECIFIKASI :
Honda Jazz Petrol
Enjin: 1.5 liter SOHC 4 silinder 16-injap i-VTEC
Kuasa maksimum: 88kW/6,600rpm
Tork maksimum: 146Nm/4,800rpm
Ciri keselamatan: Dual beg udara SRS, tali pinggang keselamatan 3-point Emergency Locking Retractor (ELR) G-Force Control Technology (G-Con), Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD dan BA
Harga: RM74,800 (atas jalan dengan insurans)



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments