Bagaimana Orang-Orang Kaya Arab Saudi Berkahwin (20 Gambar)

Jutawan atau orang kaya Arab sememangnya terkenal memiliki citarasa mewah. Ini tidak terkecuali dalam upacara perkahwinan mereka yang turut bercitarasa tinggi. Di Arab Saudi misalnya, sebuah majlis perkahwinan orang-orang kaya di sana bukan hanya sebuah majlis perkahwinan biasa sebaliknya ia adalah sebuah 'pesta perkahwinan'.


Perkahwinan kebanyakannya acara untuk wanita. Namun majlis lelaki dan pihak wanita biasanya diadakan di tempat-tempat yang berbeza, kadang-kadang walaupun pada masa yang berlainan. Jika mereka diadakan di lokasi yang sama, akses antara kedua-duanya dilarang dan dikuatkuasakan oleh kementerian Arab Saudi.

Sebuah dewan yang dihiasi dengan mewah, dengan kawasan pentas, catwalk dan tempat duduk adalah ciri-ciri tempat yang paling disukai oleh kaum wanita. Dipisahkan dari lelaki, wanita tidak memakai Abaya tradisional semasa majoriti acara itu dan mereka lebih suka pakaian yang lebih agak bersifat terbuka dan biasanya akan menari sepanjang malam.

Kemuncak malam pesta perkahwinan adalah majlis santapan yang berlaku di dewan makan yang berasingan. Makanan tradisional Arab iaitu kabsa (atau nasi) dengan kambing panggang biasanya akan dihidangkan di setiap meja.





















PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments