Wanita Paling Popular Di Arab Saudi (8 Gambar)

Puteri Saudi, Amira al-Taweel menjadi wanita paling popular di laman Twitter. Hal itu dilihat dari jumlah follower Amira yang telah menembusi angka 662,170, seperti dilaporkan surat khabar Saudi, Asharq al-Awsat. Jumlah tersebut membuatkan Puteri Amira memiliki jumlah follower terbanyak di negaranya.

Dalam laporannya, surat khabar Asharq al-Awsat juga menyebut Puteri Amira berada di senarai 19 di antara tokoh-tokoh Saudi paling berpengaruh di Twitter. Kembali ke wanita paling popular di Twitter, posisi kedua adalah aktres popular Saudi, Rim Abdullah. Dia memiliki follower sebanyak 404,078 dan penyampai tv Lujain Omran berada di tempat ketiga dengan jumlah 195,264 follower.

Awal tahun ini, Putera Mahkota Saudi, Salman bin Abdul-Aziz mengumumkan akaun Twitter rasmi miliknya. Sejak diumumkan, Salman bin Abdul-Aziz telah memiliki lebih dari 200,000 follower. Arab Saudi memiliki tiga juta pengguna Twitter, lebih dari negara mana pun di Timur Tengah, dengan tingkat pertumbuhan 300 peratus tahun-ke-tahun, menurut laporan terbaru oleh Klinik Sosial yang beribu pejabat di Jeddah.








PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments