Kelapa Sawit Rahsia Kecantikan Rozita Che Wan.


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Pelakon cantik dan kontroversi, Rozita Che Wan,41 bakal dilantik sebagai duta bagi produk makanan tambahan dalam bentuk kunyahan, Longevite dalam sebuah majlis pada malam ini.

Turut diadakan majlis bagi memperkenalkan jenama Longevite yang akan diadakan malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang akan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Hasan Malek.

Longevite ialah makanan tambahan dalam bentuk kunyahan yang pertama menggunakan Tocotrienol (Super Vitamin E) daripada ekstrak kelapa sawit.

Produk yang dipercayai dapat memberi kesan kembali muda dalam masa 7 hari itu, turut mengandungi gabungan bahan aktif lain seperti Glutathione, Phyto Hyaluronic Acid , Vitamin C dan ekstrak Blackcurrant .

Bukan sahaja untuk tampak lebih muda, Longevite dipercayai efektif dalam mengatasi masalah kesihatan dan kecantikan serta bertindak sehingga ke peringkat selular dan DNA.

Longevite juga dipercayai dapat membantu mengatasi masalah lemah sendi, penglihatan semakin kabur, cepat kebas, sembelit, pening kepala, lemah jantung, pedih ulu hati, masalah penghadaman dan masalah berat badan.

Dikeluarkan oleh Rich Beauty Sdn. Bhd, Longevite telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah klasifikasi 'Makanan' dan juga kelulusan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments