Juruterbang Tempur Wanita Pertama Di Pakistan.

Sekali pandang Ayesha Farooq (26), anda pasti tidak menyangka wanita berhijab ini seorang juruterbang pesawat tempur. Beliau merupakan satu-satunya juruterbang pesawat tempur wanita di dalam Tentera Udara Pakistan.

Sepanjang sejarah Tentera Udara Pakistan yang terdapat 19 orang juruterbang wanita tetapi kesemuanya bertugas sebagai pemandu pesawat kargo dan menjadi jurulatih. Ayesha Farooq memecahkan dominasi lelaki ini dan tambah menakjubkan beliau masih boleh melakukan tugas dengan berhijab. 

Ayesha kini bertugas di pengkalan tentera Mushaf dan menerbangkan pesawat tempur F-7PG buatan China. Beliau ditugaskan melakukan rondaan udara bagi mencari tentera Taliban yang cuba menyelinap masuk ke Pakistan. 

Semasa menyatakan hasrat mahu menjadi juruterbang pesawat kepada ibu beliau 7 tahun yang lalu, Ayesha menerima tentangan hebat. Tetapi kini beliau bangga menjadi contoh kepada wanita Pakistan yang cuba melarikan diri dari stereotaip. 


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments