Cinta Pertama Yang Tidak Akan Dilupakan.


Perkenalan selama enam bulan seorang remaja lelaki dengan pasangannya membongkar rahsia berikutan selama ini dia tidak mengetahui temannya itu rupa-rupanya bukan perempuan sejati selepas mereka ditahan dalam satu sekatan jalan di Jalan Tun Ali di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi, kedua-dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu bersiar-siar dengan motosikal di sekitar kawasan berkenaan.
Berikutan seorang daripada mereka tidak memakai topi keledar, mereka ditahan polis dan pemeriksaan pada kad pengenalan diri mendapati pembonceng itu adalah lelaki dan sekali gus mengejutkan temannya yang selama ini mendakwa tidak mengetahui perkara berkenaan.

Sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang kebetulan meronda di kawasan itu terus menahan ‘pondan’ berkenaan dan mendapati dia pernah ditahan dua kali kerana kesalahan berlagak seperti wanita di tempat awam sebelum ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, sebelum dibawa ke pejabat penguatkuasaan, remaja lelaki itu yang berpenampilan seperti wanita itu menghubungi ibunya dan timbul kekecohan apabila wanita berkenaan yang tiba menangis mempersoalkan tindakan anak bongsunya itu.

“Ibu tunggal itu merayu supaya membebaskan anaknya. Bagaimanapun, selepas diberi penerangan mengenai prosedur menahan pesalah syariah, wanita berkenaan faham dan mengikut anaknya ke pejabat penguatkuasaan.

“Remaja lelaki terbabit ditahan kerana memakai kemeja-T dan seluar, selain mengenakan solekan dan tata rias wanita,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, remaja lelaki itu mendakwa datang ke kawasan berkenaan bukan bertujuan melakukan perbuatan tidak bermoral tetapi sekadar bersiar-siar.

Kata Rahimin, berdasarkan keterangan yang diambil daripada rakannya, dia mendakwa langsung tidak mengetahui temannya itu ialah lelaki yang penampilannya seperti kaum Hawa selama ini. “Dia dibebaskan selepas diambil keterangan dan disaman polis kerana kesalahan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Manakala, katanya, pasangannya iaitu remaja lelaki lembut itu ditahan mengikut Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana lelaki berlagak seperti perempuan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah didenda RM1,000 atau dipenjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments