CEO Al Jabbar Mengamuk Di Seminar ( Video ).


Kami tidak pasti apakah punca sebenar CEO Al-Jabbar ni mengamuk dan memaki hamun kepada mungkin salah seorang pengusaha cawangan. Yang kami nampak tindakan CEO Al-jabbar ni sangat kurang hajar dan sangat tidak profesional.

Berikut adalah kenyataan yang diberi olah salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

"Tetapi, CEO Aljabbar datang secara mengejut dan terus menengking En.Remy serta terus mengeluarkan En.Remy dari rakan niaga beliau..

Persoalannya, adakah patut CEO Aljabbar menengking rakan niaga beliau yang paling banyak membawa keuntungan kepda beliau??Masalah ini berpunca dari sikap tidak profesional CEO Aljabbar dan acuh tak acuh pihak pengurusan beliau bagi memberikan barangan niaga yang telah pun dibayar pendahuluan hampir puluhan ribu ringgit.

Masalah ini telah berlarutan setahun lebih sejak program rakan niaga ini dilancarkan ketika akhir tahun 2011. Rakan Niaga masih tidak menerima barangan mereka. Bukan itu sahaja, ramai pelanggan yang membeli mesin terapi keluaran Aljabbar Group sering mengalami kerosakan pada mesin terapi walaupun hanya dipakai beberapa kali sahaja. Selepas mesin itu dihantar utk dibaiki, mesin itu tidak dipulangkan kembali kepada pelanggan asal..ada yang hampir setahun."

Jom tengok video tersebut.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments