Azab Testikel Seberat 45kg

Azab yang dilalui Wesley Warren kini semakin berkurangan.Lelaki berusia 48 tahun itu yang berasal dari Las Vegas ialah bekas pemilik buah zakar seberat 45 kilogram dan muncul dalam dokumentari baru mengenai azab mempunyai kantung zakar sebesar itu.

Program yang menitiskan air mata itu meninjau secara unik mengenai kesusahannya menjalani kehidupan harian, termasuk terpaksa kencing di tempat duduknya serta memakai pakaian berpenutup kepala sebagai seluar dalam.

Dokumentari itu turut memaparkan detik Warren menjalani pembedahan hidup atau mati selama 13 jam yang akan membawanya semula kepada kehidupan normal.

Warren menghidap penyakit yang dikenali sebagai crotal lymphedema, menyebabkan kantung zakarnya membesar dalam masa tidak sampai dua tahun. Penyakitnya itu menyebabkan dia pernah diundang menjadi tetamu dalam rancangan televisyen Howard Stern Show dan Comedy Cental.

Program yang menitiskan air mata itu meninjau secara unik mengenai kesusahannya menjalani kehidupan harian, termasuk terpaksa kencing di tempat duduknya serta memakai pakaian berpenutup kepala sebagai seluar dalam. Dokumentari itu turut memaparkan detik Warren menjalani pembedahan hidup atau mati selama 13 jam yang akan membawanya semula kepada kehidupan normal.

Warren yang kini menjalani pemulihan di sebuah hospital di California berkata: “Tubuh saya kini menjalani proses penyesuaian. Saya sungguh berterima kasih kepada peminat yang membantu saya. Saya masih belum boleh banyak bergerak, memandu atau keluar makan malam.

“Namun saya berhasrat melakukannya selepas ini. “Semua ini sebahagian daripada kehidupan menyayat hati yang perlu dilalui untuk pulih daripada kecacatan yang amat teruk.”





PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments